Kenapa PAS Perlu Kekal Sebagai Exco Di Selangor?

Share on Google Plus




KENAPA PAS PERLU KEKAL SEBAGAI EXCO DI SELANGOR

Banyak spekulasi berterbangan di udara satu dua hari ini berkaitan kedudukan 3 EXCO PAS dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan MB Dato Seri Mohd Azmin Ali.

Ini berikutan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS mengisytiharkan tahaaluf siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal ekoran beberapa pelanggaran syarat.

Ada yang mengatakan PAS harus letak jawatan dan keluar dari kerajaan manakala ada yang mendakwa PAS perlu kekal kerana ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP telah diberi mandat oleh rakyat menerintah bersama.

Saya tidak berhasrat membahaskan perkara ini kerana JK Kerja PAS Pusat dijangka bermesyuarat dan membuat keputusan berhubungnya minggu ini.

Apa yang menarik adalah kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor YB Ustaz Sallehen Mukhyi berhubung perkara ini:

"Sejarah telah membuktikan,  di saat DAP memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, DAP melalui exconya tidak meletak jawatan,  bila masyarakat mempersoalkan Lim Guan Eng menjawab yang DAP perlu terus berada dalam kerajaan supaya PAS tidak buat kerja jahat. Oleh sebab itu,  PAS perlu terus berada dalam kerajaan dan exco mesti terus berkhidmat supaya PAS dapat buat kerja baik dan DAP tidak buat kerja jahat."

Ramai tidak teringat dan terfikir perkara ini.

Kesimpulannya DAP walau telah putus lama hubungan dengan PAS terus kekal memegang 3 EXCO kononnya bagi memastikan PAS tidak buat kerja jahat di Selangor.

Masalahnya 3 EXCO PAS kini orang-orang baik belaka. Ternyata EXCO DAP tidak punya apa kerja.

Dan sebagaimana kenyataan PJ Selangor itu PAS perlu terus kekal hingga habis penggal supaya ia dapat lakukan lebih banyak kerja baik khasnya dalam memastikan Selangor "Sejahtera Bersama Islam"

Apa pandangan rakyat Selangor?



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=475213859484622&id=100009880363600


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment