728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 2 May 2017

    Kehadiran Sumareh Akan Tingkatkan Prestasi Pahang - Dollah





    Jurulatih Pahang, Dollah Salleh, menyuarakan keyakinan skuad Tok Gajah akan bangkit dengan aksi sebenar dalam pertemuan kedua separuh akhir Piala FA di Paroi, 13 Mei nanti, dengan kehadiran ayam tambatan, Mohamadou Sumareh.

    Sumareh digantung satu perlawanan gara-gara insiden kekasaran ketika aksi suku akhir kedua bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 23 April lalu.

    Tidak diturunkan ketika bertemu skuad Jang, jentera serangan Pahang tampak goyah apabila tiada percubaan bahaya yang terhasil.

    Malah, ketiadaan Sumareh juga tampak memberikan kesan terhadap persembahan Matheus Alves yang diakui gagal beraksi baik, semalam.

    "Segala usaha serba tidak menjadi buat Alves kerana dia tidak menemui sentuhan terbaiknya," kata Dollah.

    Dalam pertemuan di Stadium Darulmakmur itu, Pahang terpaksa menunggu sehingga minit ke-80 untuk menerjah gawang Negeri Sembilan.

    Ashari Shamsudin, yang dimasukkan pada babak kedua, muncul sebagai pencetus jaringan bagi memastikan bekalan tipis untuk aksi timbal balik nanti.

    "Saya percaya dengan kehadiran Sumareh, kami akan mendapatkan semula rentak permainan kami."

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kehadiran Sumareh Akan Tingkatkan Prestasi Pahang - Dollah Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top