728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 18 May 2017

    KAJIAN : Lelaki Beristeri Lebih Dari Satu Hidup Lebih Lama

    GAMBAR HIASAN




    Bukanlah bermaksud untuk mempertikaikan soal poligami, tetapi hanya memberi maklumat bahawa suami yang mempunyai isteri lebih dari satu atau poligami boleh memanjangkan umur lelaki.

    Tidak percaya? Berikut ini pembuktian lebih lanjut. Tapi, tentu para isteri di mana pun tak rela jika suaminya berkahwin lagi, bukan?

    Bagi yang sudah beristeri lebih dari satu, mungkin sudah merasakan dan membenarkan bahawa dirinya memang sebenarnya berumur panjang.

    Bagaimana dengan lelaki yang beristeri satu? Adakah anda ingin memanjangkan umur hidup di dunia ini? Berkahwin lagi adalah salah satu caranya.

    Terbukti, poligami membuatkan lelaki lebih panjang umur!

    Sama halnya dengan penyelidikan yang pertama, seorang penyelidik dari University of Shelfield, bernama Virpi Lummaa, setelah melakukan analisa mengenai amalan poligami di lebih 100 negara, mengatakan bahawa kaum adam yang berpoligami lebih cenderung lebih panjang umur sehingga 12 peratus berbanding kaum adam yang bermonogami.

    Tidak sekadar itu, disebutkan juga oleh si penyelidik bahawa lelaki yang melakukan amalan poligami ternyata alat reproduksinya masih bagus sehingga usia lanjut, antara 60, 70, malah sampai 80 tahun. Hal tersebut menurut Lumma boleh membuat lelaki mampu memanjangkan umurnya.

    Penyelidik ini bersama dengan pasukannya cuba membandingkan negara-negara yang penduduknya melakukan poligami dengan negara yang penduduk lelakinya monogami.

    Hasilnya, lelaki-lelaki yang mempunyai isteri lebih dari satu keadaan kesihatan lebih sihat, mempunyai nutrisi lebih baik daripada para lelaki yang bermonogami atau hanya beristeri satu.

    Tahukah anda bahawa rahsia dari manfaat poligami yang dirasakan lelaki itu sebenarnya berpunca dari isteri?

    Para penyelidik mendedahkan bahawa suami yang isterinya lebih dari satu hingga empat isteri, batasan berpoligami, akan mempunyai kesihatan lebih baik jika isteri-isterinya tersebut mampu mengurus si suami dengan baik.

    Si lelaki akan rasa lebih bahagia sebab mempunyai ramai anak dan tentu saja keperluan seks akan dipenuhi secara maksimum oleh isteri-isterinya.

    Perlu diketahui bahawa keperluan seks yang mampu dipenuhi akan membuat kesuburan kaum lelaki tetap wujud walaupun sudah memasuki usia persaraan untuk melakukan aktiviti seksual.

    Dalam hal ini, kesuburan seorang lelaki akan berpengaruh sekali terhadap fungsi hormon yang bekerja menguruskan metabolisma tubuh badan. Makin bagus tahap kesuburannya, maka makin bagus juga prestasi hormonnya. Inilah yang menyebabkan seorang lelaki tetap sihat dan bertenaga.

    Manfaat lain jika beristeri lebih dari satu dan maksimum empat yang disebutkan oleh para penyelidik ini adalah munculnya dorongan atau motivasi untuk terus bekerja memberi nafkah anak-anak serta isteri-isterinya.

    Hal tersebut pun dipersetujukan oleh seorang ahli antropologi dari Cornell University in Ithaca, New York, bernama Chris Wilson. Dia berkata hipotesis tersebut sangat-sangat masuk akal.

    Bagaimana dengan wanita yang dipoligami?

    Tidak hanya kaum lelaki, kaum wanita yang dipoligami ternyata juga lebih panjang umur daripada yang tidak dipoligami.

    Inilah satu fenomena yang dahsyat luar biasa, fenomena eksklusif oleh para penyelidik ini disebut sebagai ‘kesan nenek’ mampu menjelaskan secara terperinci kenapa wanita yang dipoligami mempunyai umur.

    Setelah melakukan kajian terhadap lelaki berpoligami seperti yang dijelaskan tadi, Virpi Lummaa turut meneliti kaum wanita. Mendedahkan bahawa seorang wanita setiap 10 minit berjaya melewati masa menopausnya dan kebahagiaannya akan bertambah sehingga 2 kali ganda.

    Penyelidik menambah, bahawa dengan mempunyai ramai cucu serta adanya perhatian kasih sayang dari anak-anaknya, membuat si wanita ini akan lebih bahagia, sehingga ingin hidup lebih lama lagi.

    Bagi kaum lelaki, berpoligami sudah jelas dibuktikan akan membawa manfaat untuk kesihatan, iaitu memanjangkan umur, tetapi bagi kaum wanita mungkin tidak. Kenapa?

    Jika suami tidak boleh berlaku adil kepada isteri-isterinya, isteri-isterinya akan menjadi korban dalam rumah tangga. Anak-anaknya pun akan turut menjadi korban.

    Walaupun banyak kajian yang menyatakan bahawa berpoligami itu memberi kesan positif bagi isteri, tetapi lebih banyak kajian yang mendedahkan bahawa para isteri yang dipoligami ramai mengalami stres.

    Dua penyelidik dari Queen ‘s University, iaitu Profesor Martha Balley dan Bita Amani, membuat kesimpulan bahawa para isteri serta anak akan menjadi mangsa di dalam sebuah rumah tangga jika seorang suami memilih untuk berkahwin lagi menambah isteri.

    Si isteri yang dipoligami katanya akan mengalami stres atau kemurungan kerana adanya rasa cemburu. Mereka juga terdedah menjadi mangsa keganasan di dalam rumah tangganya.

    Jika si suami yang beristeri lebih dari satu boleh memperoleh kepuasan seks yang baik dari isteri-isterinya, isteri yang dipoligami kadang-kadang menderita sebab harus rela menghadapi kenyataan suaminya berkongsi hubungan seksual dengan isteri lain. Kecemasan dijangkiti penyakit menular seksual pun muncul.

    Apabila seorang isteri stres dan kemurungan kerana masalah tersebut, pola pengasuhan anak tentu akan menjadi tak keruan, sehingga si anak pun merasakan kesan negatifnya.

    Si anak boleh saja berisiko mengalami trauma malah sehingga dikucilkan oleh rakan-rakannya. Tak hanya itu, perilaku anak juga berdasarkan hasil kajian akan sukar dikawal sebab perhatian ayah berkurang.

    Tetapi, inti dari semua semua permasalahan poligami iaitu perhatian suami kepada isteri-isteri beserta anak-anaknya.

    Semuanya boleh dielakkan jika poligami dilakukan dengan benar dan suami memang benar-benar sudah berkemampuan untuk melakukannya.

    Suami yang berpoligami akan lebih panjang umur daripada yang tidak melakukan poligami. Sama halnya dengan isteri, akan juga lebih panjang umur. Ya, seorang suami yang mempunyai isteri lebih dari satu boleh menyebabkan umurnya lebih panjang dengan syarat bila dirinya dapat memberi perhatian kepada isteri-isteri beserta anak-anaknya dengan seadil-adilnya.


    Sumber: Penulispro.com

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: KAJIAN : Lelaki Beristeri Lebih Dari Satu Hidup Lebih Lama Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top