Iklan Syampu Sambil Pakai Hijab Dianggap Bodoh & Mengarut!

Share on Google Plus



Baru-baru ni sebuah video iklan di laman Facebook dikecam oleh netizen.

Ia berikutan video tersebut menampilkan seorang wanita berhijab sedang mencuci kepalanya sambil memakai tudung.

Seperti biasa, belum apa-apa lagi netizen secara melulu menghentam iklan tersebut dan menganggap babak tersebut sangat ‘bodoh’.





Tidak kurang juga ada pihak yang membuat provokasi dengan menyebarkan petikan video tersebut merupakan iklan syampu di Malaysia.

Namun, ternyata netizen lebih bijak dan tidak mudah tertipu dengan provokasi murah yang dibangkitkan oleh pihak tersebut.





Sebenarnya, video tersebut merupakan iklan untuk mempromosikan jenama tudung.

Apa yang pasti idea mereka sangat kreatif dengan memilih konsep parodi dengan meniru iklan popular pada tahun 1990-an.

Nah, korang tengok la sendiri. Memang lawak habis. Ramai yang mengakui iklan promosi ini ternyata berjaya menarik perhatian ramai.







Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment