728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 6 May 2017

    Gaduh Di Surau Austin Perdana Sebab Kurang Toleransi, Sensitiviti





    Kurang toleransi dan sensitiviti antara kaum dan agama dalam kalangan golongan muda dipercayai punca kekecohan berlaku di Surau Austin Perdana, Taman Austin Perdana selepas solat Jumaat, semalam.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, selain itu rendahnya ilmu dan pengetahuan anak muda berkaitan sensitiviti agama dan kaum menyebabkan masalah itu berlaku.

    "Golongan muda tidak tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969... mereka sepatutnya ambil tahu supaya kejadian sama tidak berulang.

    "Kejadian yang berlaku semalam disebabkan pemuda itu membunyikan hon ketika jemaah solat Jumaat hingga mengganggu ketenteraman, bayangkan jika ia berlaku di seluruh negara secara serentak boleh jadi seperti 13 Mei (1969).

    "Sebagai penduduk negara majmuk, kita perlu mempunyai ilmu berkaitan sensitiviti agama dan bangsa bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Palang Merah Sedunia di Bangunan Palang Merah JohorBahru di sini, hari ini.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Gaduh Di Surau Austin Perdana Sebab Kurang Toleransi, Sensitiviti Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top