Dendam 51 Tahun DAP Sudah Semakin Parah

Share on Google Plus



Dendam adalah satu perkataan yang menggambarkan segala imej negatif. Ianya wujud hasil daripada sifat marah yang dipendam sejak sekian lama hasil daripada kegagalan seseorang individu mahupun berkumpulan untuk mendapatkan sesuatu yang mereka cukup inginkan. Sifat ini, jika gagal dikawal, ianya boleh merosakkan diri mahupun sesebuah organisasi.

Mungkin inilah yang boleh disimpulkan terhadap dasar perjuangan DAP menerusi Lim Kit Siang dalam arus politik negara hari ini. Sejak tertubuhnya DAP pada 1966, antara usaha utama yang mahu direalisasikan DAP dan Lim Kit Siang adalah menawan Malaysia dan seterusnya menubuhkan kerajaan liberal yang berpaksikan Republik.

Hal ini bukan lagi rahsia apabila DAP sendiri tertubuh hasil daripada serpihan PAP yang telah berjaya menubuhkan sebuah kerajaan Republik di Singapura. Bertitik tolak dari sini, DAP merasakan, mereka perlu mencontohi apa yang telah dilakarkan oleh PAP dan merealisasikan hasrat ini di Malaysia.

Namun malangnya, Malaysia bukanlah seperti Singapura kerana Malaysia dikuasai secara majoritinya oleh kaum Melayu dan Bumiputera. Bagi kaum Melayu, Paduka Raja-Raja dan Sultan-Sultan adalah nadi dan tunjang kepada maruah kaum Melayu itu sendiri. Sejak dari dahulu, walaupun wujud beberapa pengkhianat bangsa dari kaum Melayu, namun secara amnya, kaum Melayu diikat dengan semangat perpaduan yang erat.

Hal yang sama turut berlaku di kalangan pelbagai etnik bumiputera yang mendiami Sabah dan juga Sarawak. Perpaduan seumpama ini amat sukar diganggu gugah sebelum ini sehinggalah wujud fahaman politik ekstrim yang sedikit demi sedikit telah berjaya mengikis perpaduan yang wujud du kalangan kaum Melayu dan bumiputera.

Sejak tahun 2000, antara perkara utama yang dilakukan DAP dan pembangkang adalah memastikan perpaduan kaum Melayu dan bumiputera di pecahkan. Ini kerana, DAP sedar, sekiranya kaum Melayu dan bumiputera bersatu, adalah sukar bagi mereka meraih kuasa seperti yang berlaku sejak 1966. Hanya dengan perpecahan kaum ini sahajalah peluang untuk mereka merebut penguasaan terhadap negara.

Strategi licik ini dimulakan dengan menyatukan beberapa buah parti politik pembangkang yang majoriti ahlinya adalah kaum Melayu. Dari sini, perpecahan politik dapat dilakukan dengan mudah apabila kaum Melayu dan bumiputera mula menjadi taksub terhadap parti politik yang mereka sokong.

Mudah untuk disaksikan bagaimana strategi licik DAP hasil daripada bantuan kaum Melayu itu sendiri mampu menggoyahkan undi yang diraih oleh UMNO dan Barisan Nasional pada tahun 2008 dan 2013. Pada ketika itu, DAP dan pembangkang menganggap, mereka begitu hampir untuk membentuk kerajaan dengan kemenangan demi kemenangan.

Kemudian, cara perpecahan ini memasuki fasa yang lebih kritikal apabila mereka menggalakkan mereka yang anti kerajaan menubuhkan parti-parti politik yang boleh dikatakan kesemuanya berteraskan kaum Melayu. Lihat sahaja penubuhan PAN, PPBM dan Parti Bebas Rasuah yang kesemuanya berteraskan kaum Melayu. Bagi kaum Cina pula, langsung tiada parti baru ditubuhkan yang boleh memecahkan undi mereka.

Pada masa yang sama, DAP mula menggerakkan hasutannya terhadap anak muda dari kaum Cina bagi mewujudkan ketegangan antara kaum. Lihat sahaja apa yang berlaku di Austin Hill, Johor baru-baru ini apabila provokasi melampau satu pasangan anak muda dari kaum Cina di sebuah masjid, nyata berlawanan dengan sikap toleransi yang diamalkan di negara ini.

Secara amnya, kita adalah rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa. Jika keadaan ini semakin berlarutan adalah kebimbangan negara ini diwariskan kepada tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab yang bakal meletuskan semula insiden 13 Mei 1969. Mahukah kita mewariskan negara kepada tangan-tangan seperti ini?


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment