DAP Parti Murahan Tiada Integriti

Share on Google Plus



Tindakan DAP yang berdiam diri berhubung penyebaran gambar tidak bermoral antara Zairil khir Johari dan Dyana Sofea Mohd Daud menjelaskan yang parti itu adalah parti murahan malah tiada integriti.

Menurut Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon, ini kerana DAP sepatutnya telah mengambil tindakan daripada awal berhubung perkara itu kerana ia merupakan perkara serius yang tidak boleh dipandang remeh apabila gambar tersebut menjadi tatapan masyarakat.

Katanya lagi, Zairil juga sepatutnya perlu digantung jawatan supaya tidak menjejaskan imej parti kerana tiada sebarang bukti kukuh untuk beliau menafikan perihal tersebut.

Ditambah pula video Zairil bersama wanita lain yang dikatakan seorang wartawan turut tersebar, dimana kejadian berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sarawak sekaligus menjelaskan yang ahli parlimen DAP Bukit Bendera itu tiada arah lagi untuk menafikan perkara itu.

“Kita sebetulnya memang tak ada minat dengan kehidupan peribadi dia kerana dalam hal ini yang penting adalah kejujuran, satu dunia tahu dia nafikan tapi dia tak buat laporan polis.

“Yang DAP punya pemimpin pula semuanya diamkan diri, tak ada seorang pun berani tampil ke depan termasuk Guan Eng. Jelas DAP telah hilang integiriti mereka,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan pemimpin DAP yang cenderung untuk mendiamkan diri daripada membuat sebarang kenyataan berhubung gambar Zairil dan Dyana.

“Kalau kita di UMNO-BN mahupun MCA, MIC atau GERAKAN kita tak akan beri peluang kepada pemimpin yang mempunyai perilaku seperti ini. Pastinya tindakan awal akan diambil, bukan seperti mereka,” tambahnya.

Berikutan itu MCA menggesa supaya satu tindakan segera diambil terhadap Zairil selaku wakil rakyat yang dilihat memalukan masyarakat.

Jika ia tidak benar Zairil sendiri juga perlu membuat laporan polis bagi menyatakan perkara itu sememangnya tidak betul.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment