728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 13 May 2017

    Dah Tahu Dah Kenapa Gadis Malaysia Suka Sangat Hero Korea



    Kebanyakan wanita di seluruh dunia bersetuju bahawa pelakon Korea memang sangat kacak. Jika anda melihat lakonannya didalam drama tentu ramai yang jatuh cinta dan tertarik dengan pelakon drama tersebut.

    Sebut saja nama artis lelaki korea Kim Hyun Joong, Lee Min Ho, Kim Bum. Pasti saja ramai wanita mengenali mereka malah ada yang sampai terlalu obses dengan artis tersebut. Malah rancangan realiti mereka pun turut terkenal di malaysia, contohnya Running man. Sebut saja nama Haha, Gary, Lee Kwang Soo, Pasti gadis-gadis mengenali mereka. Sungguh hebat penangan hero korea ni kan. Mari kita lihat antara faktor-faktor mengapa mereka menjadi kegilaan gadis malaysia.

    Sebab Kulit Mereka Lebih Flawless Daripada Perempuan

    Kulit mereka sangat cantik dan halus, bukan sahaja perempuan malah lelaki turut menjaga kulit mereka. Tidak hairan lah mereka menjadi kegilaan gadis-gadis malaysia kan. Mereka mengamalkan makan nasi pulut dan juga sayur-sayuran. Sebab itu kulit mereka sihat dan cantik.

    Hebat Menari

    Mereka bukan sahaja kacak dan menarik, malah mempunyai bakat dalam tarian. Tengok saja mereka menari kita pula yang rasa seronok.

    Pandai Ambil Hati Peminat


    Personaliti mereka yang begitu soft spoken ini ternyata mampu mencairkan hati setiap peminat. Mereka tidak sombong dan mudah didekati peminat.

    Tak Berlakon Cerita Rempit & Gangster

    Susah untuk kita melihat mereka berlakon didalam filem atau drama yang berkaitan lumba kereta atau cerita gangster. Kebanyakkannya cerita tentang cinta dan kasih sayang antara keluarga. Gadis malaysia memang suka tengok lelaki romantik, dengan muka yang kacak dan watak romantik boleh buatkan gadis-gadis cair bila menontonnya.

    Penampilan Yang Kemas
    Sedap mata memandang. Itu lah yang boleh disimpulkan apabila melihat penampilan selebriti lelaki Korea. Majoriti daripada mereka tampil dengan imej yang begitu kemas dan tidak takut untuk mencuba pelbagai jenis fesyen.

    Tak Control Macho

    Satu perkara yang membuatkan artis Korea digilai ialah karakter mereka yang tak control macho. Sebagai contoh jejaka-jejaka di dalam program Running Man, walaupun kacak tapi selamba je redah semua task.




    Sumber : Hanasuva.com

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Dah Tahu Dah Kenapa Gadis Malaysia Suka Sangat Hero Korea Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top