Cerita Tentang Proton Saga

Share on Google Plus




Menggunakan kalkulator inflasi dalam laman web ini yang mengira perbezaan harga antara masa lalu dan kini menggunakan Consumer Inflation index rasmi Malaysia, beberapa corak yang menarik dapat dilihat:

Proton Saga 1.3s manual telah dilancarkan pada 28 Ogos 1985 dengan harga permulaan RM17,575 untuk 1.3S. Ia mempunyai enjin Orion 8-injap dari Mitsubishi tetapi anda perlu membayar tambahan jika anda mahu penyaman udara (RM1,500 ketika itu) atau pemain radio/kaset (RM850 ketika itu).

Kalkulator ini menunjukkan bahawa harga yang disesuaikan dengan inflasi hari ini akan menjadi RM39,809.46. Jika anda mahukan kereta dengan penyaman udara dan radio, anda perlu menambah RM3,397.81 dan RM1,925.42 masing-masing - yang membawa jumlah harga kepada RM45,132.69 bagi Proton 1.3s dalam nilai wang hari ini.

Sudah tentu pada masa itu tidak ada spesifikasi seperti ABS atau beg udara atau ‘reverse sensor’ atau penggera mengunci kawalan jauh.

Bandingkan ini dengan harga Proton Saga baru yang dilancarkan pada September 2016 tahun lalu di mana model asas yang paling rendah adalah RM36,800 untuk 1.3 Standard M/T, yang termasuk penghawa dingin, radio MP3 mewah dengan sambungan bluetooth dan juga dua beg udara depan.

Bukan sahaja harga yang lebih berpatutan hari ini tetapi ia adalah lebih selamat, lebih besar dan lebih jimat bahan api.

Atau anda boleh membeli Perodua Axia Standard E pada harga RM23,965.89 termasuk penghawa dingin. Berbanding dengan RM45k untuk Proton 1.3 tahun 1985 dalam nilai wang hari ini. Ini adalah satu tawaran yang murah dan menguntungkan.

Secara kebetulan, petrol pada tahun 1990 adalah RM1.10 seliter walaupun harga minyak global antara AS$8 hingga AS$15 setong manakala USD kepada MYR adalah kira-kira RM2.40. Ini kerana Mahathir telah mengenakan cukai petrol dengan tinggi selama beberapa dekad.

Kalkulator yang sama juga menunjukkan bahawa RM1.10 pada tahun 1990 adalah bernilai RM2.30 hari ini - berbanding harga RM2.21 setakat minggu lepas.

Walaupun harga minyak global kini AS$50 dan AS$1 = RM4.33 hari ini, sekurang-kurangnya kerajaan tidak lagi mengenakan cukai petrol yang tinggi seperti Mahathir.

Tidak ada keraguan bahawa rakyat Malaysia mempunyai standard hidup yang lebih baik hari ini berbanding masa lalu.

Pada tahun 1980-an, ramai rakyat Malaysia masih bersusah payah menoreh getah atau mengusaha minyak kelapa sawit. Membeli Proton Saga 1.3s tanpa penghawa dingin dan radio hanyalah impian untuk mereka.

Banyak juga penjaja yang terpaksa bangun awal untuk memasak makanan, melayani pelanggan dan mengumpul wang. Sekarang, penjaja ini menggaji pekerja asing untuk melakukan semua itu, sementara mereka duduk dan membaca propaganda politik terkini dari DAP pada telefon pintar mereka.

Hari ini, tiada rakyat Malaysia yang mahu melakukan pekerjaan ini lagi sementara kita dirosakkan dengan pilihan kereta untuk dibeli yang adalah lebig berpatutan dan mempunyai nilai yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Malah, kini kita tidak lagi mahu membeli kereta Proton yang telah jatuh ke tangga keempat jualan terbaik untuk tahun ini dan telah membuat kereta Honda pilihan nombor dua kita.


---
http://fxtop.com/en/inflation-calculator.php


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1975615335990584&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3


Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment