Beranikah Negeri Rasuah Lim Guan Eng Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah?

Share on Google Plus




1. Hampir ke semua negeri telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kecuali 3 negeri pembangkang iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan ikhlas, telus serta bersih daripada sebarang anasir rasuah dan salah guna kuasa.


2. Agaknya Lim Guan Eng Ketua Menteri Melaka yang dituduh Kes Rasuah Jun 2016 bersama Phang Li Koon berani tak menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dibuat SPRM untuk dirinya dan semua Exco Kerajaan Pulau Pinang? Dituduh di bawah Seksyen 23 Akta SPRM (Akta 694), Seksyen 24 Akta yang sama dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574).

3. Lim Guan Eng dan para peguamnya hampir pasti tahu beliau akan kalah dalam perbicaraan itu. Datuk Dzulkifli Ahmad Ketua Pengarah SPRM, bekas Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara bukanlah calang orang kerana berpengalaman dalam kes-kes besar seperti besar kes Perwaja zaman Tun Dr Mahathir, NFC, malah kes Dr Mohd Khir Toyo bekas Menteri Besar Johor. Lantaran itu tak hairanlah Lim Guan Eng berusaha mencabar Akta SPRM di mahkamah semua ini usaha melengah-lengahkan kes perbicaraannya untuk berhadapan PRU ke14. Apakah dia fikir para Hakim akan mengikut kehendaknya?





4. Pulau Pinang adalah Negeri penuh Rasuah di bawah kepimpinan Lim Guan Eng. Bermula dari beliau dituduh kerana kes banglonya, kes kos kajian feasibiliti cadangan terowong bawah laut yang mencecah RM305 juta, penjualan tanah berbilion ringgit, penjualan tanah bumiputera sehingga tertangkapnya Dato' Syed Murtaza Pengerusi Yayasan Bumiputra Pulau Pinang, taikun Hunza Group Dato' Seri Khor Teng Tong proksi Lim Guan Eng dan terbaru kes skandal rasuah Zakat Pulau Pinang.

5. Tak mungkin Lim Guan Eng akan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah, mengambil bercuti malah meletak jawatan kerana dituduh di mahkamah. Pakatan Pembangkang sendiri berbelah bahagi. Kes Adam Rosly jutawan muda PKR disaran bercuti namun dalam kes Lim Guan Eng berdolak dalik. Exco Perumahan Johor, Datuk Latif Bandi pun akhirnya meletak jawatan. Mengapa Tokong Lim Guan Eng tidak! Nampaknya Lim Guan Eng dan DAP 'Double Standard".

DAP kalau orang lain dia kata integriti kena cuti dan letak jawatan. Kalau pemimpin mereka didakwa di mahkamah kena tunggu keputusan mahkamah sehingga jatuh hukum bersalah. Itulah DAP!..Apakah Azmin Ali MB Selangor yang ada kes rasuah bersama budak-budaknya juga akan berani menandatangani IBR SPRM? Kelantan pasti sedang berdehem!

Captain M
13 Mei 2017


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment