728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 13 May 2017

    Banyakkan Bersedekah Pada Isteri, Jika Mahu Rezeki Semakin Lapang dan Bertambah




    Ramai suami yang suka mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dalam memberi nafkah zahir dan batin. Sebab itu rezeki selalu tidak cukup dan sentiasa rasa hidup kesempitan wang.

    Isteri adalah anugerah terindah dari ALLAH S.W.T untuk menyinari hidup anda dan melahirkan zuriat anda, apa salahnya anda menghabiskan duit untuk isteri yang telah banyak berkorban hidup dan nyawa untuk anda. Jangan berkira dengan isteri, jika dengan kawan-kawan boleh belanja, takkan dengan isteri berkira pula.

    Hargai pengorbanan isteri, bukan selalu dia minta belanja. Tahukah anda dengan membuat isteri bahagia, rezeki akan datang tanpa di duga.

    Ustaz Ahmad Nasir berkata,

    Setiap sen yang kita belanjakan kepada isteri adalah SEDEKAH. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki.
    Si suami selalu merungut gajinya tak cukup sampai nafkah isteri pun kadang terabai…….
    Hak isteri harus dijaga.
    Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri

    Banyakkan bersedekah pada isteri, insya Allah rezeki suami semakin lapang dan bertambah:

    Hak isteri haruslah dijaga dan dititikberatkan, jangan ambil mudah ya para suami. Tanggungjawab kepada isteri jangan pernah diabaikan.

    5 PERKARA MESTI GUNA DUIT SUAMI

    Hal ni suami isteri mesti ambil tahu.

    Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini

    Makan minum isteri

    Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal dan keperluan isteri. Suami haruslah peka dan mengambil berat akan perkara ini.

    Duit belanja diri

    (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan…jadi rm250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami )

    1) duit belanja dapur
    2) peralatan mandian
    3) ubat ubatan / medical
    4) pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
    5) rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yg bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.

    ~petikan kuliah Ustaz Fawwaz~




    Sumber : Harianmetrokini

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Banyakkan Bersedekah Pada Isteri, Jika Mahu Rezeki Semakin Lapang dan Bertambah Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top