Azmin Ali Kena Letak Jawatan Kerana Sudah Hilang "Simple Majority" Dalam DUN Selangor

Share on Google Plus



Sebenarnya di atas kertas, Azmin bukan lagi MB Selangor. Secara matematiknya, Azmin telah hilang "simple majority" dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.


Oleh kerana itulah, Azmin Ali khabarnya mahu terus berada di luar negara sehingga bulan Ramadhan ini dengan semua ADUN ADUN yang bersama dengannya untuk elak berlakunya peralihan kuasa di Selangor.


Mengikut Undang Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, Perkara LIII (6) Jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri, maka beliau hendaklah melepaskan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan melainkan, jika atas permintaannya, Dewan Negeri dibubarkan oleh Duli Yang Maha Mulia.


Di Selangor sekarang sudah wujud 4 Faction dalam Dewan Undangan Negeri. Faction yang sokong Azmin ada 26 kerusi. Faction yang pro pada Khalid Ibrahim ada 6 kerusi. Faction Barisan Nasional ada 12 kerusi dan Faction PAS ada 12 kerusi.


Nyawa Azmin terletak pada Iskandar Samad. Khabarnya Iskandar Samad dalam diam sayangkan jawatannya sebagai Exco di Selangor. Gaji Exco Selangor berjumlah RM20,250, jadi Naib Presiden PAS tidak dapat gaji apa pun. Sebab itulah Iskandar Samad dan dua lagi Exco enggan lepaskan jawatan di Selangor.


Jika Faction 2, 3 dan 4 bergabung jumlahnya menjadi 30 kerusi dan Faction Azmin hanya ada 26 kerusi sahaja. Azmin dah hilang "simple majority" dalam sidang DUN. Soal siapa yang naik dan gantikan Azmin adalah soal kedua.


Namun persoalan yang utama adalah, jika Azmin sudah hilang Simple Majority, maka mengikut Perlembagaan Negeri Selangor, Azmin Ali perlulah meletak jawatan. Jika beliau masih yakin ada sokongan maka perlulah dipanggil semua ADUN yang ada untuk menyatakan sokongan.


Azmin tidak buat dua benda ini. Dia lari ke luar negara bila ada masalah timbul. Mada Adam Rosly kena cekup SPRM, Azmin lari ke Jakarta. Masa PAS ceraikan PKR di muktamar baru baru ini, Azmin lari ke Mesir, Morrocco dan Jordan.


Memang perangai Azmin suka lari. Isu aiskrim dalam tandas, isu DEIG, isu SPLASH, isu YAWAS, isu Wetland, semua isu ini Azmin tidak jawab. Dia lari dan diamkan sahaja. Kali ini Azmin tidak boleh lari diam lagi.


Perlu letak jawatan atau buktikan dia masih ada sokongan dalam sidang DUN. Jangan lari sembunyi di luar negara sampai bulan puasa ini. Balik la cepat kalau berani.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment