Azmin Akan Terus Jadi MB Dengan Sokongan "Tiga Barua dan Broker" Dalam PAS

Share on Google Plus







Jangan terkejut Azmin masih menjadi MB Selangor biarpun PAS telah putuskan "tahaluf siyasi" dengan PKR di Selangor.



Dapat jadi Exco Kerajaan Negeri Selangor dapat gaji sebulan RM20,250. Apa Iskandar Samad dapat jika jadi Naib Presiden PAS? Tiada pun gaji bulanan yang Hadi Awang boleh beri.



Sebab itulah, Iskandar Samad, Yunus Khairi dan Zaidy Abdul Talib mahu kekal dalam kerajaan PKR pimpinan Azmin Ali.



Pada 31 Mac 2017, Iskandar Samad kata "saya ikut arahan Presiden sahaja...buat masa ini tiada arahan untuk itu, jadi kita bertugas seperti biasa". Iskandar menjawab pertanyaan apakah status mereka bertiga sebagai exco jika PAS putuskan hubungan dengan PKR masa muktamar.



Kini muktamar PAS sudah selesai. Pada 30 April 2017, Muktamar ke 63 PAS telah meluluskan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. Usul ini diterima sebulat suara tanpa bahas. .



Kenapa Iskandar Samad dan dua lagi Exco Selangor ambil sikap diam masa usul dibacakan? Bermakna setujulah dengan keputusan muktamar. Jika setuju maka kenalah letak jawatan.



Semasa Muktamar pada tahun 2014, Hadi Awang telah gelarkan "broker dan barua" kepada dua orang ADUN PAS yang bersama Azmin jatuhkan Khalid Ibrahim. Saari Sungib dan Hasnul digelar barua dan broker.



Kali ini, tiga orang Exco PAS ini memilih untuk bersama Azmin dan bukannya menghormati keputusan yang telah dibuat masa muktamar. Apakah layak mereka bertiga ini juga dipanggil "barua dan broker"?



Memalukan sungguh bila Iskandar dan dua exco ini memilih untuk berimamkan Azmin berbanding Hadi Awang. Mereka bertiga ini nampaknya tidak takut dengan bai'ah PAS.



Mereka bertiga lebih sayang jawatan dan gaji mereka. Naib Presiden PAS ikut cakap Timbalan Presiden PKR. Boleh tong sampahkan sahaja semua usul di muktamar PAS jika Iskandar dan dua exco ini masih kekal dalam kerajaan Azmin Ali.



PAS tidak ada keberanian. Hanya berkokok masa muktamar sahaja. Seronok duduk bawak ketiak Azmin lagi dari duduk bawah serban Presiden PAS.



Beranikah semua ahli PAS panggil mereka bertiga ini "broker dan barua"??? Berapa agaknya Azmin bantu Iskandar untuk kempen menang jadi Naib Presiden PAS? Setia sekali Iskandar pada Azmin.




Oleh : TATJ


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment