Asri Akui Ketiadaan Bruno Jejas Persembahan Negeri Sembilan

Share on Google Plus



Jurulatih Negeri Sembilan, Asri Ninggal, mengakui kehilangan penyerang import, Bruno Suzuki, menjejaskan perancangan pasukannya ketika tewas 1-0 kepada Pahang dalam aksi pertama separuh akhir Piala FA di Stadium Darulmakmur, semalam.

Penyerang kelahiran Brazil yang dibesarkan di Jepun itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-23 ekoran kecederaan.

"Suzuki mengalami kecederaan ringan di bahagian paha. Ketiadaannya menjejaskan jentera serangan kami apabila gagal menghasilkan percubaan berbahaya," katanya.

Asri turut meluahkan kekecewaan terhadap ketumpulan penyudah pasukannya, terutama ketika pemain gantian, Faderin Kadir, gagal memanfaatkan peluang keemasan pada babak kedua.

"Walaupun Pahang mengawal permainan, kami juga memiliki peluang menjaringkan gol tetapi di dalam bola sepak, pasukan mana yang berjaya menghasilkan jaringan akan menang."


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment