728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 11 May 2017

    Album Terbaru Datuk Siti Habis Terjual Dalam 20 Minit


    Siapa yang tak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Baru-baru ini, album terbarunya SimetriSiti habis dalam masa 20 minit selepas dilancarkan.

    Memetik laporan Astro Gempak, Datuk Siti meluahkan rasa gembira sebaik sahaja mengetahui 300 unit album terbarunya habis ditempah sebaik sahaja penjualan dibuka menerusi portal membeli-belah Lazada.

    “Banyak cabaran yang saya hadapi untuk hasilkan album ini dan saya gembira apabila mendapat tahu SimetriSiti mendapat sambutan.

    “Alhamdulillah, untuk permulaan ini sudah 300 unit album terjual. Edisi ini sangat istimewa kerana mempunyai tanda tangan saya beserta poskad khas buat peminat.

    Album SimetriSiti akan mula berada di pasaran pada 10 Mei ini di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

    Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut adalah Segala Perasaan, Aku Bukan Malaikat, Manis Terindah, Bersandar Cinta, Penghiburku dan Ikrar Cinta.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Album Terbaru Datuk Siti Habis Terjual Dalam 20 Minit Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top