728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 13 May 2017

    5 Sebab Tudung Bawal Menjadi Pilihan Wanita Malaysia




    Sekarang ni ada macam-macam jenis fesyen tudung di pasaran. Selendang, instant shawl, turban dan macam-macam lagi. Belum lagi sebut jenis kain.

    Kalau ikutkan sekarang ni ramai yang sukakan fesyen selendang. Boleh lilit sana, lilit sini. Sebelum ini selendang Yuna sangat popular dikalangan wanita berhijab Malaysia.

    Tapi, dalam banyak-banyak jenis keluaran tudung, wanita berhijab Malaysia tetap memilih satu jenis tudung ni iaitu tudung bawal.

    Ramai yang cakap tudung bawal ni dah lapuk dek zaman dan nampak macam makcik-makcik. Siapa cakap tu?? Meh nak cili mulut tu!

    Kami senaraikan 5 sebab kenapa tudung bawal masih lagi menjadi pilihan wanita Malaysia!




    1. Selesa dipakai

    Bila pakai tudung ni masalah paling utama apabila nak mengunyah makanan. Bila pakai tudung bawal tiada masalah nak kunyah laju-laju. Pakai bersukan pun selesa.



    2. Mudah digayakan

    Kalau korang ni jenis yang suka simple-simple, memang tudung bawal je senang. Kalau pakai selendang nak kena fikir nak lilit macam mana pulak nanti.



    3. Lebih anggung & jelita

    Siapa cakap pakai tudung bawal macam makcik-makcik. Kena la pandai gayakan. Cuba lihat kerabat wanita Brunei, kebanyakannya menggayakan tudung bawal. Memang nampak anggun dan jelita.



    4. Lebih bersedehana

    Bila pakai tudung bawal ni nampak lebih ayu dan tak over. Bukan itu je, tudung bawal juga tidak menjolok mata.



    5. Lelaki lebih suka wanita memakai tudung bawal

    Menurut kaji selidik, 97.7 peratus lelaki di Malaysia berpendapat wanita yang memakai tudung bawal kelihatan lebih cantik.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 5 Sebab Tudung Bawal Menjadi Pilihan Wanita Malaysia Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top