728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 11 May 2017

    5 Keburukan Jika Anda Suka Pakai Seluar Ketat!




    Sekarang ni memang anak muda gemar gayakan seluar jenis skinny tak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Kalau boleh, lagi ketat lagi bagus.

    Tapi sebenarnya tindakan anda memakai seluar ketat itu sangat bahaya dan boleh memudaratkan kesihatan.

    Dipetik daripada Utusan, Ketua Unit Fisioterapi, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Zunaidah Abu Samah menjelaskan kesan buruk pemakaian seluar ketat.



    1. Beri kesan buruk pada sendi & saraf

    Keadaan lebih ketara ketika membengkokkan badan ke hadapan semasa duduk di kerusi, mencangkung dan sebagainya.

    Akibatnya, tekanan yang tinggi akan berlaku pada saraf yang terletak di pelvis secara tetap sehingga mengakibatkan seseorang individu itu berasa kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, sangat sensitif apabila tersentuh, selain rasa tidak selesa pada bahagian tepi paha.


    2. Penyebab kanser Melanola

    Pemakaian pakaian ketat terlalu lama boleh menyebabkan kanser Melanola iaitu kanser kulit yang sangat bahaya. Kanser ini biasanya bermula dengan tanda hitam pada kulit.


    3. Mengganggu fungsi rahim

    Kesannya, ia membahayakan keadaan rahim wanita. Selain itu perjalanan darah juga akan terganggu.


    4. Postur pinggul senget

    Keadaan akan jadi lebih kritikal sekiranya individu tersebut memakai seluar ketat bersama tumit tinggi. Ia boleh menyebabkan postur pinggul menjadi senget sebelah kerana tekanan yang dialami.


    5. Menghalang pembiakan sperma

    Khas untuk lelaki yang suka sangat pakai seluar ketat. Seluar ketat boleh mengganggu dan mengurangkan penghasilan sperma.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 5 Keburukan Jika Anda Suka Pakai Seluar Ketat! Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top