728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 15 May 2017

    10 Perkara Buatkan Lelaki Jatuh Hati Dalam 10 Saat!




    Apa yang sebenarnya boleh membuatkan lelaki jatuh hati pada wanita? Ketahui 10 perkara yang boleh buat lelaki jatuh hati hanya dalam 10 saat.

    Anda tak percaya? 10 jawapan ini diberikan oleh kaum lelaki sendiri!




    Senyuman

    “Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung saya berdegup-degup! Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman mereka sememangnya sangat menawan. Malah, saya pernah jatuh cinta terhadap seseorang selepas melihatnya tersenyum.”



    Paras Rupa Cantik

    “Saya sering terjebak dalam ‘love at first sight’ disebabkan paras rupa wanita yang cantik. Tidak semestinya si dia perlu memiliki darah campuran untuk kelihatan menawan.

    “Solekan tipis yang natural dan kulit wajah yang bersih juga memadai untuk dikategorikan sebagai cantik. Tetapi, jika wanita itu memang cantik secara semulajadi walaupun tanpa solekan, ia adalah bonus ekstra!”



    Mata Menawan

    “Mata wanita yang cantik memang sukar untuk dicari. Ini kerana kebanyakan wanita sekarang suka memakai maskara, pembayang mata dan penggaris mata untuk menonjolkan mata yang cantik. Tetapi, sesekali terpandang si dia yang memiliki bulu mata lebat dan warna anak mata yang begitu indah sekali, pasti tidak keruan saya dibuatnya!



    Penampilan Menarik

    “Selain fizikal, penampilan wanita antara perkara yang boleh membuatkan saya mudah jatuh cinta. Saya suka melihat wanita yang berpakaian ringkas seperti celana denim dipadankan dengan kemeja atau kemaja T. Biarpun ringkas, namun gaya itu membuatkan mereka kelihatan sophisticated.”



    Kebijaksanaan

    “Wanita yang bijak adalah wanita yang seksi! Bukan bermakna si dia perlu mempunyai sejarah ‘pelajar cemerlang’ tetapi tahu tentang isu semasa, bijak menyelesaikan masalah dan matang. I find it so attractive!”



    Hormat Orang Tua
    “Aduhai, boleh gugur jantung saya kalau melihat wanita tahu beradab sopan di hadapan orang tua! Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini. Adab sopan yang dimaksudkan termasuk salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh.”



    Berbaju Kurung

    “Kenapa wanita dilihat lebih kerap memakai baju kurung hanya ketika menjelangnya Hari Raya? Saya sering tertanya-tanya kerana wanita yang berbaju kurung bukan sahaja cantik, malah sangat ayu dan sopan!”



    Potongan Badan Menarik

    “Bukan demanding tetapi wanita yang bertubuh cantik bukan sahaja kelihatan menarik tetapi ini juga menandakan mereka pandai menguruskan diri. Jadi, wanita dengan potongan badan yang kurus, tinggi dan menggiurkan menjadi perkara yang boleh membuatkan saya jatuh cinta dengan begitu cepat!”



    Rambut Paras Lepas Bahu

    “Bagi saya, penukaran gaya itu hanya ‘menghilangkan’ kecantikan asli mereka! Tidakkah cantik sekadar membiarkan rambut hitam yang ikal dan sihat melepas bahu tanpa perlu mengubahnya? Bukan sahaja menawan, malah warna rambut asal yang panjang sekali gus mampu menunjukkan kecantikan wanita Asia yang dimiliki mereka secara semulajadi.”



    Berkaca Mata

    “Entah mengapa, saya pantang melihat wanita berkaca mata, pasti mata ingin terus melihatnya. Wanita yang berkaca mata membuatkan mata lebih cantik dan secara tidak langsung, menjadikan penampilan mereka lebih seksi. Selain itu, kaca mata juga membuatkan mereka kelihatan smart!”

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 10 Perkara Buatkan Lelaki Jatuh Hati Dalam 10 Saat! Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top