728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 4 April 2017

    [VIDEO] Majikan Hanya Tengok Dan Rakam Video, Bukan Nak Tolong Pembantu Rumah Terjatuh Dari Tingkat 7




    Baru-baru ini telah dikejutkan dunia, tentang seorang pembantu rumah telah terjatuh dari tingkat 7 sebuah apartment.

    Apa yang lebih menyedihkan lagi, majikan kepada pembantu rumah tersebut ada disitu tanpa membuat apa-apa tindakan untuk membantu pekerjanya.

    Sebaliknya, dia hanya menunggu di situ sambil mengeluarkan telefon bimbitnya untuk membuat rakaman video sehingga pembantunya terhempas di atas bumbung tingkat bawah.

    Menurut para penonton yang memahami bahasa percakapan majikan tersebut di dalam video rakaman berdurasi 12 saat tersebut, dia sempat berkata,

    “Orang gila! Mari sini!”

    Pihak medik muncul tidak lama kejadian selepas itu atas laporan orang awam sekitar kawasan yang melihat situasi tersebut.

    Menurut pihak medik, pembantu rumah tersebut masih hidup dan hanya mempunyai kecederaan ringan (patah tangan, telinga dan hidung berdarah). Majikan yang membuat rakaman tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

    Menurut pihak akhbar, majikan kepada pembantu rumah tersebut itu juga membuat laporan yang mengatakan pembantu rumah beliau pada masa itu ingin buat percubaan untuk membunuh diri. Tetapi entahbagaimana, pembantu rumah tersebut bertukar fikiran, lalu terjatuh.

    Lihat video rakaman dibawah:






    Sumber : taikotai.tv

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: [VIDEO] Majikan Hanya Tengok Dan Rakam Video, Bukan Nak Tolong Pembantu Rumah Terjatuh Dari Tingkat 7 Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top