PAS Mahu 3 Muka Ini Disingkirkan Segera...

Share on Google Plus




Sekeping kain rentang yang digantung oleh penyokong PAS Kedah telah menarik perhatian ramai. Poster berkenaan yang digantungkan di pagar, adalah sempena Muktamar Tahunan PAS yang diadakan di Kedah.

Tiga nama dipaparkan di situ iaitu Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, Amiruddin Hamzah dan Nasir Mustapa. Mereka ini dianggap sebagai harumanis, iaitu hijau di luar tetapi oren di dalam.

Ternyata penyokong PAS tidak lagi mahu mereka berada di dalam parti berkenaan kerana mereka ini lebih cenderung kepada parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN).

Malah Mahfuz sendiri sebelum ini mengaku beliau tidak dimaklumkan mengenai Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang berlangsung pada penghujung April ini.

Ia sebenarnya adalah isyarat kepada Mahfuz supaya keluar dari parti itu. Sebelum ini banyak tindak tanduk Mahfuz yang bertentangan dengan dasar PAS.

Beliau juga seolah-olah menjadi jurucakap kepada PAS dalam beberapa perkara hinggakan kenyataan yang dibuatnya mendahului presiden dan timbalan presiden PAS sendiri.

Dengan perkembangan terbaru ini, rasanya selepas ini politik Mahfuz bersama PAS akan berkubur pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. PAS pastinya tidak akan memberikan kerusi Pokok Sena kepada beliau lagi.

Begitu juga dengan jentera PAS, mereka pasti tidak akan lagi membantu Mahfuz. Apa yang pasti PAS sudah tentu mahu melakukan pembersihan, membuang pemimpin yang menjadi gunting dalam lipatan.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment