"Kuman Politik Tidak Mampu Putuskan Hubungan Akrab Kerajaan Sabah- Persekutuan - TPM

Share on Google Plus



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hubungan akrab kerajaan Sabah dan kerajaan Persekutuan tidak mampu diganggu-gugat oleh mana-mana pihak termasuk kuman politik .

Beliau yakin mana-mana pihak sama ada individu atau tokoh tidak akan mampu merosakkan atau memutuskan hubungan yang cukup rapat itu yang telah terjalin sejak sekian lama.

"Rugilah jika ada orang, individu atau tokoh atau 'kuman politik' yang cuba untuk merosakkan hubungan yang cukup baik ini.

"Yakinlah, saya ingin menegaskan, sebagai orang yang membantu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), tidak ada orang yang boleh memutuskan hubungan yang baik ini yang sudah sekian lama terjalin.

"Tidak ada sesiapa yang boleh memutuskannya. Usahalah bagaimana, kecuali dengan izin Allah Taala," katanya ketika berucap merasmikan Festival Antarabangsa Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang 2017 di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Antarabangsa GATA 2017 Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

-- BERNAMA


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment