728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 11 April 2017

    10 Tahun Tanggung suami ‘Biawak Hidup’, Akhirnya Suami Curang Dengan Pelajar Kolej




    Di dalam rumah tangga, suami isteri memainkan peranan yang penting dalam menentukan kebahagian perkahwinan mereka. Suami isteri perlu saling membantu dan suami perlu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

    Jangan pernah mengambil kesempatan atas segala kebaikan yang telah dilakukan oleh si isteri. Malah, hargailah isteri anda kerana mereka masih sanggup bersama anda ketika susah dan senang. Pernah dengar tentang ‘kesetiaan wanita diuji ketika lelaki tidak mempunyai apa-apa, tetapi kesetiaan lelaki diuji apabila dia memiliki segalanya.’

    Seperti perkongsian kali ini, seorang isteri yang cukup tabah tetapi berdepan dengan suami yang tidak reti untuk menghargai pengorbanan isteri. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran.

    “Saya menulis ini semua supaya menjadi pengajaran buat semua. Saya berkahwin hampir 10 tahun, masih belum dikurniakan zuriat kerana saya menghidapi penyakit PCOS. Saya dah cuba ikhtiar bermacam cara, namun Allah masih tidak mengizinkan.

    “Mengimbau perkenalan saya dan suami, kami bercinta tak sampai 1 bulan terus buat keputusan untuk berkahwin. Boleh dikatakan bercinta selepas nikah, kahwin di pejabat agama Islam Hulu Langat sahaja kerana saya menggunakan khidmat wali hakim dan tak buat kenduri apapun.

    “Cukup sekadar untuk menghalalkan hubungan, saya tak kisah sebab dia juga tak mempunyai wang yang cukup. Saya terima dia apa adanya, selepas kahwin ada indah dan sebaliknya. Adatlah suami isteri, saya sentisa berada di belakang suami. Di saat jatuh, susah, bangun seuanya saya hadapi bersama.

    “Walaupun cuma kadang ada RM3.00 pada saya, kerana fikirkan dia kerja saya sanggup serahkan pada dia untuk perbelanjaannya. Saya datang kerja tak ada duit langsung. Sampai saat ini, duit mas kahwin RM300 masih belum ditunaikan, saya tak pernah ambil kisah.

    “Kerana sayang dan cinta saya layankan kemarahannya dan barannya. Sikap malasnya, sikap suka bercakap riak dan takburnya semua saya terima, tak pernah jemu saya menasihatinya dan cuba bawa dia balik ke jalan yang benar.

    “Makin lama dia menunjukkan sikap yang tak elok, 2-3 bulan di berhentikan kerja, sampai setahun pun ada dia tak bekerja. Makan minum perbelanjaan rumah semua saya yang tanggung, layanan mak abah saya pada dia tak pernah berkurang bahkan dalam banyak-banyak menantu, memang suami saya yang mereka sayang.

    “Alhamdulillah bulan 10/2016 suami dapat kerja yang agak baik dan berkedudukan, masuk awal bulan tahun 2017 suami kantoi bercinta dengan perempuan bernama Iera. Apa yang saya tahu Iera ini pelajar sebuah kolej di Koleh Teknologi Mea.

    “Sejak perkenalan mereka, suami saya banyak mengabaikan duit, hampir 3 bulan duit gaji suami langsung tak berikan pada saya, rumah, kereta, hutang semua saya tanggung. Saya pernah bercakap dan mesej dengan Iera namun tak pernah dilayan.

    “Saya mampu terima segalanya abang, namun abang saya tak mampu, saya sedar saya tak cantik macam dulu. Badan pun dah tak lawa, saya sedar saya gagal menjadi isteri yang sempurna di mata abang, namun saya cuba sehabis baik. Saya halalkan semuanya abang, apa yang pernah saya berikan pada abang.

    “Saya maafkan dan mengikhlaskan abang dan dia, sekarang kami dalam proses bercerai. Kerana suami masih tak mahu melepaskan saya, saya buat tuntutan fasakh, kerana saya tak mahu diri saya dipergunakan lagi. Setiap waktu saya tak mampu menerima semua ini, namun saya harus kuat,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 Comments:

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 10 Tahun Tanggung suami ‘Biawak Hidup’, Akhirnya Suami Curang Dengan Pelajar Kolej Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top