Siti Kasim Adalah Anak Kasim Ahmad Pemimpin Anti Hadis Yang Disokong Dr Mahathir?

Share on Google Plus



NAMA Siti Kasim mula dikenali umum di Malaysia setelah peguam itu acapkali tampil memperjuangkan pelbagai isu berkaitan hak asasi manusia.

Tetapi masih ramai yang tidak kenal siapa sebenarnya Siti Kasim yang disebut-sebutkan ini? Dari manakah dia dan apakah sebenarnya perjuangannya?

Cerita Siti Kasim ini sebenarnya sudah lama. Pada tahun 2014 lalu, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’

“Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.

“Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.

“Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata Siti Kassim dilaporkan Agendadaily.



Selain itu juga, Siti Kassim (bertanda bulat) atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim adalah anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ‘Seksualiti Merdeka’ yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).

Turut kelihatan bersamanya adalah salah seorang lagi aktivis LGBT (bertanda bulat), salah seorang daripada 5 aktivis LGBT yang pernah memohon semakan kehakiman pada tahun 2012 berkenaan larangan pihaknya mengadakan program tahunan Seksualiti Merdeka di negara ini.

Portal Malaysiakini, menamakan 5 aktivis itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, Siti Zabedah Kasim dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang diwakili oleh peguam Honey Tan Lay Ean yang juga merupakan jurucakap Comango.



Malahan, ada yang mengatakan bahawa Siti Kasim sebenarnya merupakan anak kepada seorang intelektual kontroversi Dr Kasim Ahmad.

Kasim Ahmad merupakan bekas pemimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan merupakan perjuang anti hadis di negara kita.

Gerakan Anti-Hadis dianggap dipelopori oleh Dr Kasim Ahmad dan dibantu oleh Osman Ali pada 1985. Beliau terpengaruh dengan Dr Rashad Khalifa lalu menulis buku kontroversi 'Hadis : Satu Penilaian Semula'.

Buku ini diharamkan oleh Pusat Islam mengikut keputusan Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995. Selepas itu beliau menubuhkan pertubuhan Jemaah Quran Malaysia tetapi pendaftarannya ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Lebih menarik, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah antara bekas pemimpin negara yang amat menyokong dan mempertahankan Dr Kasim Ahmad ini.

Dr Mahathir pernah berkata Kasim sering dilabel anti hadis kerana pihak yang menuduhnya gagal berhujah dengannya mengenai isu agama.

"Dia dilabelkan sebagai anti hadis sebab orang tidak boleh jawab apa yang kata.Kita lihat di sini label digunakan sebagai alat untuk mematahkan pendapat orang lain." katanya selepas Majlis Pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pada 18 Februari 2014.

Jika benar, adakah Dr Mahathir juga turut bersetuju dan menyokong perjuangan Siti Kasim sekarang ini yang bukan sahaja mahu menentang RUU355, tetapi turut mengeluarkan pelbagai jenis kenyataan songsang lain seperti 'agama Islam yang dia anuti adalah versinya sendiri' dan 'kita mencipta Tuhan daripada getaran'.

Pihak Mufti Pulau Pinang juga menganggap bahawa Siti Kasim menjurus kepada murtad, adakah Dr Mahathir juga menyokong perjuangan yang menjurus kepada murtad?



-KAKI PALU


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment