Gadis Penjual Roti Kukus Ini Amat Comel

Share on Google Plus


Kejelitaan seorang gadis penjual roti kukus di sebuah pasar malam telah menarik perhatian ramai dan mula hangat diperkatakan di media sosial.

Pada mulanya, seorang wanita bernama Lee tertarik melihat kejelitaan gadis penjual roti kukus (Sao Bao) di sebuah pasar malam yang terletak Sri Petaling.

Lantas Lee mengambil gambar penjual roti itu dan memuat naik gambar-gambar gadis jelita itu di laman Facebooknya.

“Tahukah anda, seseorang gadis itu boleh dikatakan benar-benar cantik apabila dia menerima pujian dari seorang gadis lain,” tulis Lee, seperti dipetik dalam portal World of Buzz.

Hanya dalam masa 3 hari, statusnya menjadi tular dan dikongsikan lebih dari 1.500 kali.

“Ok cukup, inilah gambar-gambar gadis si penjual sao bao itu,” tulis Lee lagi disertakan dengan beberapa keping gambar penjual roti yang cantik itu.

Seperti biasa, netizen terutamanya dari golongan lelaki mula membanjiri ruangan komen dan masing-masing berhajat ke pasar malam tersebut untuk membeli Sao Bao gadis itu.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment