728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 25 March 2017

    5 Negara Di Asia Paling Teruk Amal Rasuah





    Satu tinjauan selama 18 bulan oleh Transparency International mendedahkan terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan. Selepas bercakap dengan lebih daripada 20,000 orang di 16 buah negara dan wilayah di Asia Pasifik, laporan itu mendapati lebih daripada satu dalam setiap empat orang telah membayar rasuah apabila menggunakan perkhidmatan awam.


    Walaupun statistik ini merangkumi seluruh rantau ini, jumlah bagi beberapa negara individu sangat mengejutkan dan menggambarkan rasuah sangat mendalam dalam kehidupan seharian.


    Berikut adalah lima negara dengan kadar rasuah yang paling tinggi, menurut Transparency International.




    5. Myanmar: 40% kadar rasuah


    Walaupun adanya Undang-undang Anti-Rasuah 2013, kira-kira separuh daripada responden percaya bahawa kebanyakan atau semua polis menerima rasuah, dan 40% percaya badan kehakiman juga menerima rasuah. Tetapi keadaan mungkin menjadi lebih baik, sekurang-kurangnya di mata rakyat. Kurang daripada satu perempat percaya kadar rasuah telah meningkat berbanding tahun lepas.


    4. Pakistan: 40% kadar rasuah


    Di Pakistan, kira-kira tiga perempat daripada responden beranggapan bahawa kebanyakan atau semua polis mengamalkan rasuah. Dan di antara mereka yang pernah berurusan dengan polis atau mahkamah, hampir 7 daripada 10 orang terpaksa membayar rasuah. Malangnya, orang ramai tidak merasakan keadaan itu boleh berubah, hanya satu pertiga sahaja yang merasakan rakyat biasa boleh membawa perbezaan.


    3. Thailand: 41% kadar rasuah


    Thailand telah bergelut dengan tuduhan rasuah di semua peringkat termasuklah pegawai-pegawai kerajaan, menyebabkan pemerintah junta tentera semasa untuk mengetatkan Akta Pencegahan Rasuah pada tahun 2015. Tetapi rakyat Thai kelihatan optimistik. Hanya 14% yang merasakan bahawa rasuah telah meningkat dalam tempoh 12 bulan yang lepas, dan hampir 72% merasakan bahawa kerajaan sedang mengendalikan perang terhadap rasuah secara adil atau dengan baik.


    2. Vietnam: 65% kadar rasuah


    Rakyat Vietnam memandang rasuah sebagai endemik. Daripada semua 16 negara yang dikaji, rakyat Vietnam (dan Malaysia) adalah yang paling negatif mengenai keadaan itu di negara mereka. Kira-kira 60% merasakan kerajaan mereka melakukan kerja yang tidak begitu bagus untuk memerangi rasuah.


    1. India: 69% kadar rasuah


    Dalam lima daripada enam perkhidmatan awam - perkhidmatan sekolah, hospital, dokumen ID, polis, dan utiliti - lebih daripada separuh responden terpaksa membayar rasuah. Walau bagaimanapun, perjuangan Perdana Menteri Narendra Modi menentang rasuah telah berkesan: 53% daripada rakyat berfikir bahawa beliau melakukannya dengan adil atau sangat baik. Dan ia telah membuat orang ramai berasa lebih berkuasa, kerana 63% percaya orang biasa boleh membawa perbezaan.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 5 Negara Di Asia Paling Teruk Amal Rasuah Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top